Mushroom Soup + Garlic Bread

Mushroom Soup with Garlic Bread



MUSHROOM SOUP
Bahan - bahan :
300ml air 
500ml susu segar
2 ketul kiub pati ayam
1/2 sudu daun parsley kering yang dicincang 
(fiqah guna daun parsley yang dah siap diblend beli segera kat pasaraya)
1/2 sudu teh lada hitam
secubit garam
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu makan mentega
1 tin cendawan butang buang air dan cincang

Cara-cara
1. masukkan air dan susu ke dalam periuk. masak sampai didih
2. masukkan kiub pati ayam. kacau sebati 2-3 minit
3. Masukkan lada hitam dan cendawan butang, kacau lagi sehinggan 10-15 minit
4. masukkan daun parsley , mentega dan garam. kacau sehingga 10 minit
5. masukkan tepung gandum yang dibancuh dengan air (jgn bagi ketul2). 
6. Kacau sebati sehingga sup agak pekat. kalau pekat sangat tambah air sedikit. reneh sup biar lama sedikit sambil kacau2.



GARLIC BREAD
Bahan-bahan
8 keping roti gardenia
2 ulas bawang putih
3 sudu makan butter
secubit serbuk/daun parsley yg dicincang

cara-cara
1. tumbuk bawang putih sampai lumat
2. campurkan kesemua bahan
3. sapukan atas roti
4. bakar sehingga garing dan keperangan

No comments:

Post a Comment