PIZZA SUKA HATI
Pizza Base
Bahan-bahan :
2 cawan tepung roti
2sk yis mauripan
90ml air suam
70ml susu segar suam
1sk garam halus
1sb gula
1sb marjerin
1 sb susu tepung
Cara-cara :
1. Satukan kesemua bahan(kecuali susu segar dan air) di atas ke dalam satu bekas besar dan gaulkan rata.
T2. tuangkan susu segar dan air. Uli sehingga menjadi doh yang elastik.
3. Rehatkan doh(tutup dengan kain lembab) selama 1 jam.
4. Panaskan oven pada suhu 180C. Sesudah itu, tumbuk-tumbukkan doh tadi dan canaikan mengikut saiz dulang/pan yang digunakan.
5. Sapukan sedikit minyak zaitun/minyak masak pada dulang tersebut dan ratakan dengan doh tadi.
6. Cucuk-cucukkan doh dengan garpu. Bakar selama 5 minit.
7. Keluarkan untuk menyusun topping :
8. Sapukan sos tomato dan mayonis di serata doh pizza, diikuti dengan toppingnya.
9. Taburkan dengan keju parut.
10. Bakar selama 20 minit atau sehingga keperangan.
Sos Pizza
Bahan-bahan:
1. 2 ulas bawang putih
2. 2 ulas bawang merah
3. sos prego bolognese (tomato puri pun boleh)
saya bubuh 1 tin kecil tu
4. 1sb mix herb
5. daging/ayam cincang (ikut suka)
cara-cara
1. tumis bawang putih dan merah sehingga naik bau
2. masukkan sos prego
3. masukkan daging cincang
4. masukkan mis herb
Topping Pizza
1. sosej
2. isi ketam
3. cendawan
4. keju mozarella
5. nenas
toping ni ikut suka nak buh apa pun. ikut cita rasa sendiri.
No comments:
Post a Comment