Beritahu pada wanita muslimah itu,
dirinya ibarat kaca,
Disentuh terguris
Dihantuk serpih,
Dihempap berkecai..
Beritahu pada muslimah itu,
Jaga tutur kata,
Cakap tinggi nanti dibenci,
Terlalu rendah dipijak pula,
Cakap sombong mengudang lawan,
Hati-hati meluah kata,
Kerana pulut santan binasa,
Kerana mulut badan binasa,
Beritahu pada muslimah itu,
Jaga tingkah laku,
Harga diri letaknya di situ,
Jangan meluru mengikut nafsu,
Sesekali tersilap langkah,
Dihukum selamanya,
Keturunan dicerca,
Menyesal kemudian tiada gunanya..
Beritahu pada muslimah itu,
Jaga pakaian,
Ia cermin peribadi,
Juga lambang bangsa
Di mana dan dalam keadaan macam mana sekalipun,
Biar orang kenal dia orang Islam..
Beritahu pada muslimah itu,
Simpan secebis malu,
Kerana malu itu..
Separuh daripada iman..
"Cantik wanita kerana kejernihan wajah...
Manis wanita kerana senyuman indah..
Ayu wanita kerana kesederhanaan lahiriah..
Hebat wanita kerana keimanan yang teguh.."